Ahli-ahli BEAM yang dihormati,

Dukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan Kenyataan Media yang telah dikeluarkan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 16 Mac 2020 yang menyatakan bahawa:

“Semua pertubuhan adalah DILARANG daripada mengadakan program/ aktiviti/ persidangan/ perhimpunan/ mesyuarat agung pertubuhan sehingga 30 Jun 2020 selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.”

Dan merujuk kepada Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan Malaysia yang berkuatkuasa  pada  18 – 31 Mac 2020  di seluruh negara, adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Khas dan Mesyuarat Agung Persatuan Kejuruteraan Biomedikal Malaysia (BEAM) yang dijadualkan pada 27 Mac 2020 akan DITANGGUHKAN ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Adalah diharapkan agar ahli-ahli BEAM sentiasa menitikberatkan kebersihan diri dan sentiasa mematuhi arahan oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa.

 

Setiausaha Agung BEAM

17 Mac 2020