Kepada semua Ahli-ahli Persatuan Kejuruteraan Biomedikal Malaysia (BEAM) yang dihormati,

Seperti yang sedia maklum, Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2021 yang sepatutnya dilaksanakan pada Mac 2021 terpaksa ditunda bagi mematuhi arahan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan penularan wabak COVID-19.

Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut telah dijadualkan semula dan akan dilaksanakan secara Video Conference (VC) berdasarkan ketetapan berikut: 

 

TARIKH : 31 Disember 2021 (Jumaat) 

MASA : 4.30 petang 

TEMPAT : Secara VC – pautan mesyuarat akan dimaklumkan

AGENDA MESYUARAT: 

  1. Perutusan Pengerusi 
  2. Menerima laporan Bendahari Kehormat dan Penyata Kewangan yang telah di audit berakhir 31 Disember 2020 
  3. Perbincangan penganjuran latihan bagi tahun 2022 
  4. Lain-lain hal 
  5. Penutup